Elizabeth II dari United Kingdom

Ratu Elizabeth II (diputerikan pada 21 April 1926 sebagai Elizabeth Alexandra Mary) merupakan Ratu United Kingdom dan lima belas negara lain, iaitu Alam Komanwel (Commonwealth Realm). Di samping itu juga, baginda merupakan Ratu Kanada, Australia, New Zealand, Jamaica, Barbados, Grenada, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Tuvalu, Saint Lucia, Saint Vincent dan Grenadines, Antigua dan Barbuda, Belize dan Saint Kitts dan Nevis. Di negara-negara tersebut, baginda diwakili oleh seorang Gabenor-Jeneral. Alam Komanwel mempunyai jumlah penduduk seramai 129 juta orang. Namun, kuasa baginda hanya terhad kepada budi bicara, dan baginda tidak mempunyai kuasa politik langsung di mana-mana negara Alam Komanwel.Pemerintahan baginda yang begitu panjang menampakkan perubahan yang nyata dalam Alam Komanwel, khususnya United Kingdom, dan seluruh dunia. Antara peristiwa penting yang berlaku semasa pemerintahan Ratu Elizabeth ialah proses pembubaran Empayar British secara perlahan, iaitu dekolonisasi tanah jajahan Empayar British yang pada satu masa menjadi Empayar terbesar di dunia.Pada 1947, baginda mengahwini Putera Philip, Duke Edinburgh, seorang putera Greece dan Denmark. Baginda berdua dikurniakan empat orang anak serta tujuh orang cucu. Pada 9 September 2015, pemerintahan Ratu Elizabeth II merupakan tempoh yang paling lama di United Kingdom, memecahkan rekod yang dipegang oleh pemerintahan Ratu Victoria (63 tahun).Antara negara bekas Alam Komanwel, iaitu negara yang pernah diperintah oleh Ratu Elizabeth sebagai Ratu ialah Ceylon (Sri Lanka), Fiji, Gambia, Ghana, Guyana, India, Ireland, Kenya, Malawi, Malta, Mauritius, Nigeria, Pakistan, Sierra Leone, Afrika Selatan, Tanganyika (Tanzania), Trinidad dan Tobago dan Uganda. Kesemua negara ini memberhentikan sistem monarki apabila berubah menjadi republik. Sebagai Ketua Negara United Kingdom, baginda merupakan Panglima Agung (Commander-in-Chief) Angkatan Tentera British, dan juga kebanyakan negara Alam Komanwel.Dalam Bahasa Melayu, baginda bergelar sebagai Kebawah Di Yang Maha Mulia (Her Majesty) Baginda Ratu Elizabeth II, Ratu United Kingdom.

Elizabeth II dari United Kingdom

Pemerintahan 6 Februari 1952 – kini
Ayahanda George VI
Pasangan Putera Philip, Duke of Edinburgh (k. 1947)
Bonda Elizabeth Bowes-Lyon
Agama Anglikan
Kerabat Windsor
Anakanda
Nama penuh
Nama penuh
Elizabeth Alexandra Mary Windsor
Kemahkotaan 2 June 1953
Didahului oleh George VI
Pewaris Charles, Putera Wales
Keputeraan (1926-04-21) 21 April 1926 (umur 94)
Mayfair, London, England, United Kingdom